Wednesday, April 15, 2009

sejarah hidup ...THE FISHES...

assalamualaikum....


disini sha nk berkongsi pengalaman hidup sha dari kecil hingga sekarang...


semasa kecilku di tadika sha tidak mempunyai ramai kawan..sha tak pandai bergaul dengan orang...mungkin sifat sha yang terlalu mengongkong diri sendiri...tiada sesuatu yamg menarik pada zaman kecil sha....


seterusnya pada zaman sekolah rendah (TENGKU MARIAM GIRL SCHOOL) sha diberi kepercayaan untuk menjadi ketua kelas dari darjah 1 hingga darjah 2..kemudian pada darjah 3 sha dilantik sebagai perpustakawati..kena pakai tudung dan kain hijau...hehehe..semasa darjah tiga ramai kawan cemburu dengan sha kerana sha menjadi perhatian guru-guru di sekolah..sha menjadi harapan mereka...apabila mendapat keputusan peperiksaan akhir darjah 3, keputusan sedikit menurun yang menyebabkan sha diturunkan kelas..mungkin rezeki sha,sha ditawarkan menjadi pengawas..sha merupakan satu-satunya pengawas di kelas tersebut,tetapi tawaran yang diberikan kepada sha menjadikan seorang dari kawan sha tidak berpuas hati...kami tidak bertegur hampir setahun..semasa darjah 4 hingga 6 sha menjadi pengawas...sha menjadi pengawas yang disenangi sehingga dibuli oleh pelajar biasa kerana terlalu beri muka kpd mereka..tapi sha tetap menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh..ape-ape pun pengalaman semasa di sekolah rendah merupakan pengalaman yang paling manis...


seterusnya,apabila berada disekolah menengah(TEMENGGONG IBRAHIM GIRL SCHOOL)..sha dimasukkan ke sekolah perempuan sekali lagi..sekali lagi dilantik menjadi ketua tingkatan dari tingkatan 1 hingga 3..pada tingkatan 4 sha menjadi setiausaha di kelas kerana bosan dan penat menjadi ketua tingkatan..tetapi pada tingkatan 5 sha dilantik sekali lagi menjadi ketua tingkatan..kerana kawan sekelas memohon serta memina sha menjadi ketua kelas..sha xtaw knpe kwn2 nk kn sha jg ketua kelas..xphm2...rasenye lg ne buli ad la...zaman sekolah menengah tiada ape2 yang menarik pun...bosan!!!!!!!!!!!!!...tetapi sha mse tingkatan 5 ada org minat,tp sha xlayan,sb takot beb....malu seh...lg pun xpnh bergaul dengan lelaki ni..hehehehe..


seterusnya,selepasa SPM sha bekerja di sebuah klinik...sha mula bekerja pada 25 disember dan berakhir pada bulan jun..pengalaman bekerja amat menyeronokkan...kakak-kakak di klinik baik-baik..semasa bekerja macam-macam ilmu sha dpt...sekurang-kurangnya dapatlah sha tahu mengenai bidang perubatan ni walaupun sekejap...


seterusya pada bulan julai, sha mendapat tawaran masuk ke Politeknik Johor Bahru...semasa di awal bulan masuk ke poli tiada ape yang menarik...pada bulan ogos pihak JKE membuat sebuah program yang diberi nama Program Siswa Cemerlang..Disana sha dapat mengenali beberapa pelajar dari kelas lain...pada hari itu,sha dpt kenal dengan seorang pelajar perempuan dan pelajar lelaki...mereka berdua berada dalam satu kelas yang sama..tapi persepsi sha berubah bila berkenalan dengan lelaki tersebut..dia seorang yang soft spoken, mudah untuk sha berkomunikasi...seronok dpt berkenalan dengan dia...apabila program selesai, kami bertiga jalan bersama..sha berdiri di sebelahnya..=)..jalan...jalan...jalan...akhirnya kami berpecah untuk ke asrama masing-masing..pada sebelah malamnya,semasa sha sedang makan malam,tiba-tiba ada seorang kawan kelas budak lelaki tu datang lalu meminta nombor telefon..sha bagi je nombor sha sb sha rasa dia yang minta,sha dpt rasa dan rupa-rupanya betul....selepas itu, kami pun berhubung antara satu sama lain...

Tuesday, April 14, 2009

my KAER...




























































































just to show picture of KAER...


























keluarga KU...


hye kepada pembaca blog ini...


Baiklah, pada hari ini saya mahu memperkenalkan keluarga saya kepada pembaca setia blog ini..huhu..Saya mempunyai seorang ayah dan mama yang amat saya sayangi..Walaupun ayah saya seorang yang serius dan tegas,dia tetap memahami kehendak dan kemahuan setiap daripada anaknya..Seterusnya adalah mama saya, mama saya seorang yang cantik..Orang mengagumi mama saya..Mama saya menghadapi penyakit,walaupun tidak serius, ia tetap merisaukan saya..Dialah yang menjadi inspirasi hidup saya..


Sekarang saya akan menceritakan mengenai adik beradik saya pula..Saya merupakan anak sulung yang diberi nama Nurafiqah Athasha..Naquiuddin pula merupakan adik yang kedua, dia ni nakal ckit..ikut kepala dia jew..Naque Farhan pula adik saya yang ketiga, dia ni pelik dan amat berseni orangnya...Naque Ezaa'ne pula adik yang keempat, 'the specky boy'..hahaha..dia ni mase kecik nmpk kacak, tp dh bsar,hilang kacaknye...Nurarmira Athasha nama yang diberi kepada satu-satunya adik perempuan saya..Wajahnya mirip mama..Adik yang nampak lasak, tapi cepat tersentuh...Hope becoming a best athlete...Abdullah Adil iaitu hamba Allah yang adil...Berat tanggungjawab dia...Dia seorang adik yang bijak dan pandai berkata-kata...Tapi agak pemalu berada di kalangan orang yang kurang dikenali..Perangai adil agak mirip seperti saya..Kami akan sentiasa bersama tidak ape pun yang akan terjadi...

Wednesday, April 8, 2009

the FISHES

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang ke blog saya.. Apabila anda membuka blog ini anda akan dapat mengetahui pengalaman saya serta perkembangan aktiviti saya.. Selain itu, anda juga dapat mengetahui latar belakang diri saya sehingga akhir hayat saya..INSYALLAH...